Thursday, July 29, 2010

Kuih-Muih Tradisional Melayu




Ada banyak kuih-muih tradisional melayu . Ini adalah sedikit darinya yang saya hendak menunjukkan .

Karipap- Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura . Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang , kadang-kadang pun ada telur . Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok dan dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff .

Kuih Lapis - Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang terdapat di Malaysia. Kuih ini terdiri dari beberapa lapisan dan boleh didapati dalam berbagai warna, namun warna merah adalah warna tradisional.

Kuih seri muka - Kuih seri muka merupakan salah satu daripada kuih tradisional di kalangan masyarakat Melayu di negara kita . Keistimewaan kuih ini adalah dimana, pulut yang telah dikukus kemudiannya dilapiskan dengan campuran tepung, gula dan santan di bahagian atasnya serta dikukus hingga masak . YUMYUM , MACAM NAK MAKAN SAHAJA !!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment