Thursday, July 29, 2010

Dikir Barat




Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan . Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara . Mereka akan mengarut sambil berbalas pantun dengan suara latar dengan suara yang kuat dan lantang . Ini gambar-gambar dikir barat .

Batik



Batik adalah salah satu cara pembuatan bahan pakaian. Batik adalah kerajinan yang memiliki nilai seni tinggi dan telah menjadi bagian dari budaya Indonesia sejak lama.Tradisi membatik pada mulanya merupakan tradisi yang turun temurun, sehingga kadang kala suatu motif dapat dikenali berasal dari batik keluarga tertentu. Dengan batik , kami pun boleh membuatnya menjadi pakaian .

Kuih-Muih Tradisional Melayu




Ada banyak kuih-muih tradisional melayu . Ini adalah sedikit darinya yang saya hendak menunjukkan .

Karipap- Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura . Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang , kadang-kadang pun ada telur . Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok dan dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff .

Kuih Lapis - Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang terdapat di Malaysia. Kuih ini terdiri dari beberapa lapisan dan boleh didapati dalam berbagai warna, namun warna merah adalah warna tradisional.

Kuih seri muka - Kuih seri muka merupakan salah satu daripada kuih tradisional di kalangan masyarakat Melayu di negara kita . Keistimewaan kuih ini adalah dimana, pulut yang telah dikukus kemudiannya dilapiskan dengan campuran tepung, gula dan santan di bahagian atasnya serta dikukus hingga masak . YUMYUM , MACAM NAK MAKAN SAHAJA !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Silat




Pencak silat atau silat ialah seni bela diri Asia yang berakar dari budaya Melayu .Seni bela diri ini secara luas dikenal di Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Singapura tapi bisa pula ditemukan dalam berbagai variasi di berbagai negara sesuai dengan penyebaran suku Melayu .

Pencak silat ialah sistem yang terdiri atas sikap dan gerak-gerik (pergerakan)

Aspek dan Bentuk

Pencak silat membangun dan mengembangkan kepribadian dan karakter mulia seseorang
Kepercayaan dan ketekunan diri ialah sangat penting dalam menguasai ilmu bela diri dalam pencak silat.

Lauk-Pauk Melayu




Inilah lauk-pauk melayu yang ramai amat suka , lihatlah anda ,

Alat Muzik Melayu




Alat musik adalah suatu instrumen yang dibuat atau dimodifikasi untuk tujuan menghasilkan musik. Ada pelbagai instrumen yang dibuat dari orang melayu zaman dahulu , instrumennya ialah ,

Kempul - Kempul berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangkaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu. Ia dibuat daripada Gambang kayu, Saron Barung, Saron Demung, Kenong dan banyak lagi .

Angklung - Kami mesti telah dengar tentang alat muzik ini , tetapi , ia dibuat dari apa . ? Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih.

Kompang - Kami semua tahu tentang Kompang kerana Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Dimana ia dibuat ? - Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu. Macam mana nak buat ?Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan.



Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan . Dan ini adalah permainan-permainan tradisional melayu ,

Congakak - Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. kita harus memerlukan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Gasing - merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya . ia dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai . Talinya pula ibuat daripada kulit pokok bebaru. Kalau Kami bermain Gasing , Gasing yang jatuh duku akan kalah !

Layang-layang - permainan ini digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ada banyak pertandingan kalau kami bercerita tentang layang-layang seperti pertandingan kecantikannya dan ke indahanya